KOLEKSI KARYA

Rabu, 3 Februari 2010

projek penghasilan karya 970/3 stpm 2010

Pengenalan

Projek kajian ini merupakan kerja kursus yang menekankan aspek penyelidikan. Aspek kajian dan eksperimentasi menjadi unsur utama pembelajaran dengan penghasilan produk akhir berbentuk pengkaryaan atau perekaan.

Antara ojektif kandungan projek penghasilan karya ini adalah untuk membolehkan calon memperjelaskan dan menyelesaikan permasalahan visual dengan menggunakan konteks,media,dan teknik yang sesuai. Calon juga boleh mengaplikasikan pendekatan penyelidikan dan penyelesaian masalah dalam proses penghasilan karya.

Selain itu kebolehan calon menterjemahkan konsep pengkaryaan dan mendokumentasikan proses penghasilan karya secara penulisan dan visual. Ini akan memperlihatkan keupayaan calon membentuk makna dan fungsi karya dengan menggunakan pengetahuan dan kefahaman terhadap media,teknik dan proses pengkaryaan. Secara tidak langsung calon boleh memperlihatkan aspek kreativiti dan kualiti artistik dalam karyanya.

Proses Penghasilan Portfolio adalah seperti yang berikut.( 50%)

(a) Permasalahan kajian ( Tema)
(b) Konsep dan pembentukan idea ( Sumber Idea)
(c) Pengolahan idea dan lakaran visual
(d) Kajian dan pemilihan media dan teknik
(e) Lukisan visual akhir
(f) Rujukan dan sumber maklumat

Karya akhir ( 50%)

(a) Menzahirkan gubahan dalam bentuk karya sebenar
(b) Penerokaan media dan teknik
(c) Pengolahan aspek komposisi
(d) Ketepatan tema
(e) Keaslian

Catatan
Semua proses penghasilan perlu didokumentasi mengikut urutan
- Gambar foto proses penghasilan dan karya akhir dimasukkan dalam portfolio
- Gambar hendaklah menunjukkan seluruh karya (bukan gambar close-up satu bahagian kecil karya). Gambar-gambar ini, dengan saiz yang sesuai misalnya 13 cm x 9 cm (saiz 3R), hendaklah disertakan dalam portfolio, dan setiap gambar diberi catatan tentang proses kerja yang dijalankan serta peratusan siap (misalnya 10% siap, 20% siap, ...).


Perancangan Kerja calon
Sebelum calon memikirkan apakah soalan yang akan dipilih,adalah dicadangkan beberapa sumbangsaran yang mudah untuk menyelesaikan Projek Penghasilan Karya ini. Antaranya:
1. Membuat peta minda mengenai tema dan isu yang ditimbulkan oleh soalan,
2. Mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan tema dan isu yang dikemukakan,
3. Mengumpulkan maklumat bertulis dan visual

Guru pembimbing perlu merancang tugasan calon agar proses melaksanakan tugasan ini dijalankan secara pemantauan berkala. Antara langkah yang boleh dibuat ialah:

Langkah 1
Guru wajar memberi imput awal secara umum setiap soalan,peraturan kerja kursus dan motivasi (keyakinan) calon menerima tugasan. Penerangan awal mengenai soalan hendaklah menerangkan berkaitan kefahaman kendiri terlebih dahulu. Buat beberapa kumpulan untuk membuat penyelidikan dan kajian, setiap soalan dan hasilnya dibuat pembentangan dapatan.

Langkah 2
Keupayaan pelajar harus diambil pemerhatian oleh guru pembimbing. Ini dapat dilihat melalui keupayaan calon dalam peperiksaan akhir tahun 6 rendah. Berdasarkan keputusan peperiksaan tersebut,guru pembimbing dapat mengesan kekuatan dan kelemahan dan memberi sumbangsaran terhadap tugasan yang dipilih kelak.

Langkah 3
Guru pembimbing sewajarnya memaklumkan akan pasarana sedia ada yang dapat diguna pakai oleh calon sepanjang tempoh proses penghasilan dijalankan. Selain itu guru pembimbing perlu menerangkan kemahiran kendiri yang dimiliki setara dengan kehendak soalan. Sekiranya penguasaan belum dimiliki sepenuhnya, guru seharusnya selangkah ke hadapan menguasai keilmuan yang diperlukan dari pelbagai sumber.

Langkah 4
Bagi memudahkan proses kerja calon berjalan lancar, guru pembimbing hendaklah menyediakan jadual aturan kerja mengikut kesesuaian dan keadaan pasarana sekolah agar kerja-kerja itu tidak membebankan tetapi menyeronokkan. Carta alir proses kerja hendaklah dipatuhi dan perlu juga disemak oleh Pengetua,PK Tingkatan 6 dan Ibubapa calon.

Langkah 5
Sebelum projek penghasilan bermula, adalah menjadi keperluan tajuk soalan dan keperluannya dipanjangkan kepada penjaga calon. Ini sangat penting kerana projek ini memerlukan kos untuk melaksanakanya. Di sini kreativiti calon dan guru pembimbing sangat diperlukan, kerana ada soalan yang tidak menggunakan kos seperti penggunaan bahan-bahan terbuang. Sebenarnya kreativitin calon lebih terserlah sekiranya mampu menghasilkan karya yang bermutu tetapi dengan kos yang murah.

Langkah 6
Pastikan calon mematuhi jadual kerja yang diberikan. Guru pembimbing seharusnya memberikan komen yang positif agar calon lebih pro aktif. Idea penambahbaikan hendaklah datang dari calon itu sendiri. Benarkan calon berinteraksi dengan karya,guru pembimbing hanya perlu memastikan kerja calon tidak tersasar dari kehendak soalan. Galakkan calon meneroka sesuatu baru, asli samada dari sudut idea,konteks,penggunaan media mahupun teknik Dicadangkan guru membuat catatan (komen) dalam ruangan mencatat. Guru pembimbing tidak dibenarkan mencatat pada ruang lukisan calon.

Langkah 7
Kerja-kerja perkeranian hendak kemas dan tepat. Maklumat calon boleh diperolehi dari setiusaha peperiksaan. Ketepatan maklumat ini termasuklah butiran calon pada helaian kertas portfolio, dan karya akhir. Guru pembimbing bertanggungjawab memastikan tidak ada butiran calon yang tertinggal sebelum proses penghantaran dibuat. Patuhi arahan dan jangan memandai-mandai.

Penyelidikan dalam proses penghasilan karya

Guru pemimbing perlu membuat penerangan yang jelas bagaimana hendak menerangkan kepada calon persoalan penyelidikan ini. Terdapat dua unsur penyelidikan semasa penghasilan kerja kursus:
1. Penyelidikan berdasarkan maklumat dari media elektronik dan media konvensional.
2. Penyelidikan dan kajian berdasarkan visual yakni melaui lakaran dan perkembangan idea.

Di bawah ini diterangkan bagaimana calon boleh mengetahui apa yang dikatakan permasalahan kajian:

Permasalahan kajian:

Permasalahan kajian ialah isu yang perlu diselesaikan oleh calon. Isu boleh ditimbulkan menerusi soalan-soalan yang dikemukakan. Isu boleh diselesaikan menerusi kaedah-kaedah seperti pemerhatian, eksperimentasi, kaji selidik, dan dokumen. Isu yang dapat diselesaikan boleh membawa kepada pembentukan konsep dalam menghasilkan sebuah karya. Penelitian terhadap penyelesaian permasalahan kajian memerlukan satu analisis yang dapat merungkaikan elemen-elemen yang terdapat dalam permasalahan tersebut.

Berdasarkan kepada keterangan di atas, calon boleh merujuk kepada tajuk Teori Penghasilan ( Kertas 1)
bagi merungkai permasalahan atau isu yang terdapat dalam soalan.

Konsep dan pembentukan idea:

Idea -Satu representasi pemikiran atau gagasan
Konsep- adalah satu rangka representasi pemikiran yang boleh diterjemahkan di dalam karya. Konsep boleh menjadi satu cadangan kepada makna dan fungsi dalam penghasilan karya.
Pembentukan idea- Idea-idea yang dibina menjadi satu mesej yang akan diterjemahkan dalam hasil karya
Permasalahan kajian dan konsep pembentukan idea hendaklah dinyatakan dalam bentuk bertulis dalam lingkungan 350 patah perkataan. Dibantu dengan lakaran. Jenis huruf untuk teks ialah Times New Roman atau Book Antiqua atau Arial atau Garamond. Bersaiz 12 poin langkau 1.5

Apakah keperluan yang diperlukan dalam aspek organisasi penghasilan

Pengolahan idea dan lakaran visual
Pengolahan idea: Pengolahan idea adalah penganalisisan terhadap idea secara kreatif dan kritis
Lakaran visual: Lakaran visual adalah penzahiran idea yang melibatkan aktiviti lakaran seperti thumbnail dan lakaran kasar
Kajian dan pemilihan media dan teknik
Proses pemilihan media dan teknik menerusi siri kajian yang dijalankan dan digunakan dalam pengkaryaan dan perekaaan
Lukisan visual akhir-Menggambarkan idea dan konsep dalam bentuk lukisan sebenar
Karya akhir- Menzahirkan gubahan dalam bentuk karya sebenar
Dalam Penzahiran idea (Karya Akhir) pula calon hendaklah menterjemahkan konsep pengkaryaannya
dan mendokumentasikan proses penghasilan karya secara penulisan dan visual. Calon juga perlu menterjemahkan makna dan fungsi karya yang berkualiti dan artistik dengan menggunakan pengetahuan dan kefahaman terhadap media, teknik, dan bahasa seni (formalistik dan konteks). Calon sewajarnya menghasilkan karya yang asli dan kemas.

Sukatan Pelajaran Projek Penghasilan Karya (cadangan)

Tajuk/Subtajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran Catatan/Task

1. Penentuan Tema
1.1 Permasalahan kajian
1.2 Idea, konsep, dan konteks
1.3 Penentuan subjek dan kandungan
1.4 Penentuan aspek formalistik

mengenal pasti asas dan aspek permasalahan
• Memperjelaskan permasalahan visual
• Mencadangkan penyelesaian masalah

mencari sumber-sumber idea dan eksplorasi
• Mencadangkan idea dan pengkaryaan berdasarkan tema yang melibatkan formalistik dan konteks
• Memperjelaskan kesesuaian sumber idea

Catatan:
Lakaran, foto, dan sumber visual dikepilkan

Isu yang perlu diselesaikan menerusi kaedah penyelidikan seperti pemerhatian, eksperimentasi, kaji selidik, dan dokumen.


Idea melibatkan keupayaan pemikiran yang membabitkan perancangan atau hasrat pemikiran, niat, dan
cita-cita Strategi pembentukan idea ialah mencari sumber-sumber idea dan membuat eksplorasi. Sumber-sumber idea boleh didapati daripada media massa, teknologi, persekitaran, peristiwa dan pengalaman.

2 . Perkembangan Idea
2.1 Lakaran dan lukisan
2.2 Eksperimentasi media dan teknik
2.3 Gabungan elemen dan prinsip aplikasi bahasa seni

3. Lakaran Akhir
dan Karya Akhir
3.1 Gubahan subjek dan konteks
3.2 Komposisi, gaya, dan ekspresi
3.3 Fungsi dan makna
3.4 Keaslian

menganalisis dan mengolah idea secara kreatif dan kritis
• Menghasilkan lakaran yang menjurus kepada idea yang konkrit
• Menggunakan kepelbagaian kajian dan eksperimentasi terhadap media dan teknik
• Menjalinkan aspek formal dengan idea dan mesej
• Membentuk komposisi dengan gaya dan ekspresi
• Menterjemahkan fungsi dan makna kepelbagaian kajian dan eksperimentasi terhadap media dan teknik
• Menjalinkan aspek formal dengan idea dan mesej
• Membentuk komposisi dengan gaya dan ekspresi
• Menterjemahkan fungsi dan makna


Idea melibatkan keupayaan pemikiran yang membabitkan perancangan atau hasrat pemikiran, niat, dan cita-cita
Strategi pembentukan idea ialah mencari sumber-sumber idea dan membuat eksplorasi. Sumber-sumber idea boleh didapati daripada media massa, teknologi, persekitaran, peristiwa dan pengalaman.
Lakaran visual bertujuan untuk menzahirkan idea yang melibatkan aktiviti lakaran thumbnail, lakaran kasar, dan lakaran sebenar.Aktiviti penghasilan karya berdasarkan tema/konteks.

4. Persembahan Karya Akhir
4.1 Pameran karya dan kemasan
4.2 Apresiasi (Pembentangan Lisan)
4.3 Pembungkusan dan penghantaran


• Menghasilkan karya yang asli
• Memperagakan karya dengan kemas dan teratur bersesuaian dengan lokasi dan bentuknya
• Memperjelaskan tentang karya yang dihasilkan berdasarkan tema dan konteks ( Refleksi)
• Keselamatan sampai ke MPM

Proses pemantauan guru terhadap tugasan calon Projek Kajian Seni Visual
( Kertas 3 )


Tugasan Calon Pemantaun/Bimbingan Guru

1. Permasalahan & cadangan pengkaryaan

1. Permasalahan
2. Rumusan
3. Cadangan Pengkaryaan atau Perekaan subjek formalistik konteks
4. Kaedah Permasalahan & cadangan pengkaryaan

Menilai kebolehan pelajar:
• Memperjelaskan permasalahan visual
• Mencadangkan penyelesaian masalah
• Mencadangkan idea dan pengkaryaan berdasarkan tema yang melibatkan formalistik dan konteks
• Memperjelaskan kesesuaian sumber idea

2. Penjanaan idea dan penzahiran karya

1. Lakaran dan lukisan
2. Eksperimentasi media dan teknik
3. Gabungan elemen dan prinsip aplikasi bahasa seni
4. Gubahan subjek dan konteks
5. Komposisi, gaya, dan ekspresi
6. Fungsi dan makna
7. Keaslian
berdasarkan tema/konteks
Penjanaan idea dan penzahiran karya

Menilai kebolehan pelajar:
• Menghasilkan lakaran yang menjurus kepada idea yang konkrit
• Menggunakan kepelbagaian kajian dan eksperimentasi terhadap media dan teknik
• Menjalinkan aspek formal dengan idea dan mesej
• Membentuk komposisi dengan gaya dan ekspresi
• Menterjemahkan fungsi dan makna
• Menghasilkan karya yang asli berdasarkan tema dan konteks

3. Persembahan

1. Pameran karya dan kemasan
2. Apresiasi (Pembentangan Lisan)
Persembahan

Menilai kebolehan pelajar:
• Memperagakan karya dengan kemas dan teratur bersesuaian dengan lokasi dan bentuknya
• Memperjelaskan tentang karya yang dihasilkan

Pengetahuan aspek organisasi penghasilan penghasilan

Persoalan berikut boleh membantu calon untuk menyelesaikan isu konsep dan pembentukan idea mengenai tema tugasan:

a) Nyatakan apakah tugasan yang seharusnya calon lakukan?
b) Apakah yang dimaksudkan dengan “Tema /Isu soalan”?
c) Apakah bahan yang hendak saya gunakan?
d) Terangkan bagaimana teori penghasilan dapat membantu anda menghasilkan tugasan ini ?
e) Nyatakan bagaimana anda boleh memdapatkan idea berkatan tema?
f) Persediaan dan penguasaan calon mengenai teknik penghasilan .
g) Keupayaan pasarana dan kemahiran guru pembimbing.
h) Pemantauan berkala.

Rumusannya persoalan di atas boleh dipermudahkan seperti berikut:
• Memecahkan persoalan tema dan kehendak soalan
• Olahan idea dan pengolahan karya
• Penentuan bahan dan teknik
• Kekemasan dan Persembahan

Sesebauah karya yang dianggap lengkap hendaklah menghubungkaitkan perkara inplisit dan ekplisit yang perlu diketahui dalam sesebuah karya ialah:

Faktor tersirat:
• Nilai estetik(merangkumi nilai kreatif)
• Nilai makna
• Nilai konteks
• Nilai emosi
• Pengaruh

Faktor tersurat
• Media dan teknik
• Kemahiran Pnghasilan
• Fungsi
• Kemasan
• Peragaan dan Persembahan

Langkah-langkah penghasilan
1. Penghasilan pengkaryaan
Proses penghasilan karya akan bermula dengan suatu tema atau tajuk. Bermula dari permasalah tema maka calon akan bekerja mencari idea bagi merealisasikan sebuah karya. Pada peringkat awal proses mengumpul maklumat dan visualisasi adalah langkah kearah mendapatkan idea sebenar. Disamping itu pemetaan konsep yang kreatif sangat penting dalam proses visualisasi. Paling penting adalah penentuan media dan teknik untuk disesuaikan dengan gubahan. Proses gubahan karya pula perlu menggambil kira elemen-eleman bahasa seni visual. Di bawah ini adalah rajah proses penghasilan pengkaryaan.
Soalan 1
Hasilkan sebuah karya seni visual yang bertemakan “Dunia teknologi digital dan nilai kemanusiaan”. Persembahan karya hendaklah dalam bentuk dua dimensi (2D) atau tiga dimensi (3D). Hasil karya anda hendaklah menggunakan bahan yang sesuai dengan tema.
Hasil karya dua dimensi (2D) hendaklah berukuran tidak melebihi 40 cm × 60 cm. Hasil karya tiga dimensi (3D) pula hendaklah berukuran tidak melebihi 40 cm tinggi, 25 cm panjang, dan 25 cm lebar.
Portfolio karya seni hendaklah mengandungi
• kajian dan penyelidikan berdasarkan tema
• lakaran perkembangan idea
• lakaran akhir
• kajian media dan teknik
• pengolahan aspek-aspek komposisi dalam gubahan karya
• rujukan dan sumber maklumat
Nota: Semua proses yang dijalankan untuk menghasilkan karya perlu didokumentasikan mengikut urutan.
Hasil karya hendaklah diberi penekanan dari aspek
• ketepatan tema dan makna
• penerokaan media dan teknik
• pengolahan aspek komposisi
• pertimbangan estetik
• keaslian
• kemasan
Nota: Karya hendaklah dihasilkan secara manua
Rumusan Permasalahan Kajian
Soalan nombor 1 -merupakan soalan pengkaryaan, kehendak soalan adalah menghasilkan sebuah karya 2D atau 3D dengan menggunakan bahan bebas bertemakan, “Dunia teknologi digital dan nilai kemanusiaan”. Soalan ini membolehkan calon membumbuat keputusan sendiri dalam pengolahan penghasilan. Kreativiti sangat penting dalam pengolahan karya. Seperti saya nyatakan di atas aspek penyelidikan dan kajian sangat penting bagi menampilkan sebuah karya yang baik. Calon perlu memecahkan persoalan dunia digital dan nilai kemanusian sebagai persembahan dalam sebuah karya. Sekiranya calon memilih catan maka bahan apakah yang sesuai untuk membuat persembahan karya dengan tema itu. Proses penyelidikan dan kajian dapat membantu calon menjawab persoalan ini.

PERMASALAHAN

Dunia teknologi teknologi digital dan Nilai kemanusiaan


KONSEP PEMECAHAN

Teknologi digital

• Telefon mudah alih
• Televesion
• Home teater
• MP3
• Komputer
• Dll

Nilai Kemanusiaan
• Pentingkan materialistik
• Keindividuan
• Senang bekomunikasi
• Gaya hidup
• dll KARYA

Catan
• Gaya impresiones
• Warna panas
• Pemlihan imej elektronik
• Unsur garisan
• Unsur garisan
• Harmoni- perulangan


Pengaruh
Ibrahim Hussien

1 ulasan:

baldasarejabbari berkata...

Titsanium Fishing Pliers - Titanium Arts
Titsanium Fishing Pliers. babyliss pro titanium flat iron Titsanium fishing is titanium bar stock our columbia titanium pants most spectacular fishing poles titanium rod in leg and fishing poles. samsung galaxy watch 3 titanium The titsanium is perfect for trout or angler.

Catat Ulasan

wacana seni

 
Copyright 2009 HoMeStaY iN GaLLery. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan